Sunday, September 27, 2009

Bismillah on A Golden Plate

Bismillah on A Golden Plate

Puding koktel buah...

puding ni resepi lyn sdri... hehe... sbb mudah sgt2... kalu time bt mkn kat umah, jemput2 org, mesti puding ni acara wajib ada ats meja.. ni cara ny... slmt mencuba...

BAHAN2 :
2 tin susu isian sejat (susu cair)
1 tin buah-buahan koktel
1 tin nata de coco
1 tin laici

CARA MEMBUAT :
panaskan periuk ats dapur, masukkan susu cair, masukkan semua air dari tin buah koktel, air buah laici dan air nata de coco.. kacau di atas dapur dgn api sederhana, jgn bg mendidih sbb nanti susu berketul di atas... dah siap, masukkan semua buah koktel, laici dan nata de coco td... msukkan dlm mangkuk, siap... mudahkan.... tp nk lbh best, sejukkan dlm peti ais dulu.. ada jg org hidangkan dgn menambahkan kiub ais ke dlm puding...

pic puding diRaja...

puding di Raja ni sbnrnya adalh sajian istana yg plg istimewa di Pekan, Pahang... Memandangkn kwn Lyn org Pahang ni gemar sgt mkn puding ni, so lyn cuba2lah bljr bt puding ni...

resepi corner...

PUDING DI RAJA

Sesisir Pisang emas
300g Kacang gajus - goreng dlm minyak
atau beli yg siap goreng
250g buah prune [pitted prune]

Kuah puding:
6 biji kuning telur
11/1 tin susu cair
1/2 tin air - guna tin susu cair
1/2 cawan gula - utk gula hangus
2 senduk gula - ikut suka manis
1/2 botol esen vanilla
1/2 cwn tepung kastard - cairkan dgn air

Cara : Goreng pisang emas sebiji2 jgn di potong hingga warna agak gelap - kehitaman, angkat dan susun dlm mangkuk puding besar [yang rendah]. Ketepikan.
Kuah : Pukul telur hingga sebati, masukkan susu, air, kastad, vanilla dan gula. Kacau sebati.
Dlm periuk lain, panaskan 1/2 cawan gula utk jadikan gula hangus, matikan api dan curahkan sedikit air supaya gula hangus tersebut cair. Sesudah itu masukkan bahan2 yg telah dibancuh tadi dan masak hingga kuah pekat. Kuah hendaklah dikacau selalu sebelum ia mendidih supaya tidak bergentel. Cukup rasa dan pekat, angkat dan sejukkan.

Cara menghidang : Curahkan kuah di atas pisang tadi, tabur gajus dan buah prune di atasnya. Sediakan mangkuk2 kecil utk tetamu. Sedap di makan utk pencuci mulut di majlis/jamuan.....

** Kuah yg disejukkan di dalam peti sejuk lebih sedap...

resepi corner...

resepi puding kek gulung
Bahan-Bahan:
30 gram agar-agar
1 tin susu cair
2 cawan gula
5 cawan air
2 biji telur (dipukul)
3 camca besar tepung kastard (bancuh dengan sedikit air)
2 sudu mentega
1 tin buah koktail
1 biji kek gulung
secubit garam
1 camca teh asen vanilla
Cara:
Rendam agar-agar selama setengah jam. Potong kek gulung. Susun ke dalam loyang sehingga menutupi bahagian bawah dan tepi loyang. Curahkan sirap buah koktail ke atas kek tadi sehingga agak masak. Kemudian masak agar-agar bersama air dan secubit garam. Masak sehingga agar-agar betul-betul hancur. Masukkan gula. Kacau hingga mendidih. Selepas itu masukkan susu cair, telur dan tepung kastard serta mentega. Kacau hingga sebati. masukkan asen Vanilla. Bila agak mendidih masukkan buah koktail. Biarkan mendidih dan angkat. Curahkan agar-agar tadi ke dalam loyang yang disusun kek. Biarkan ia sejuk dan membeku.
Cadangan Hidangan:
Boleh dihidang bersama aiskrim perisa vanilla atau coklat.

catatatn : puding ni lyn ada jumpa kat rumah terbuka jiran ari tu... so, nmpk mcm menarik n teringin plak nk cuba... Insya Allah jumaat ni akan buat puding ni.. yg agar2 tu plak adalah agar2 jeli yg akan di curah di atas puding... menarik tau...