| Bahan-Bahan: | |
| 30 gram agar-agar 1 tin susu cair 2 cawan gula 5 cawan air 2 biji telur (dipukul) 3 camca besar tepung kastard (bancuh dengan sedikit air) | 2 sudu mentega 1 tin buah koktail 1 biji kek gulung secubit garam 1 camca teh asen vanilla |
| Cara: | |
| Rendam agar-agar selama setengah jam. Potong kek gulung. Susun ke dalam loyang sehingga menutupi bahagian bawah dan tepi loyang. Curahkan sirap buah koktail ke atas kek tadi sehingga agak masak. Kemudian masak agar-agar bersama air dan secubit garam. Masak sehingga agar-agar betul-betul hancur. Masukkan gula. Kacau hingga mendidih. Selepas itu masukkan susu cair, telur dan tepung kastard serta mentega. Kacau hingga sebati. masukkan asen Vanilla. Bila agak mendidih masukkan buah koktail. Biarkan mendidih dan angkat. Curahkan agar-agar tadi ke dalam loyang yang disusun kek. Biarkan ia sejuk dan membeku. | |
| Cadangan Hidangan: | |
| Boleh dihidang bersama aiskrim perisa vanilla atau coklat. | |
catatatn : puding ni lyn ada jumpa kat rumah terbuka jiran ari tu... so, nmpk mcm menarik n teringin plak nk cuba... Insya Allah jumaat ni akan buat puding ni.. yg agar2 tu plak adalah agar2 jeli yg akan di curah di atas puding... menarik tau...
No comments:
Post a Comment